Tak dapat duit yuran peperiksaan, anak pukul bapa hingga maut

Seorang pemuda memukul bapanya hingga maut kerana tidak mendapat wang untuk membayar yuran peperiksaan di India. Foto NDTV
Seorang pemuda memukul bapanya hingga maut kerana tidak mendapat wang untuk membayar yuran peperiksaan di India. Foto NDTV
A
A
A

LATUR – Seorang pemuda di India sanggup memukul bapanya hingga maut hanya kerana tidak diberi wang untuk membayar yuran peperiksaan pengambilan polis di Kampung Hinpallner, Maharashtra.

Dalam kejadian awal pagi Selasa itu, suspek dikenali sebagai Ajay Panchal, 24, dilaporkan bertengkar dengan bapanya, Devidas Kashiram Panchal, 70, selepas mengetahui ibunya membeli tong gas untuk kegunaan rumah sedangkan dia tidak mendapat wang bagi yuran peperiksaan.

Menurut pegawai polis dari Balai Polis Chakur, Ajay sebelum ini kerap meminta wang daripada bapanya namun tidak dilayan kerana keluarga mereka hanya bergantung hidup dengan menjual sayur dan bekerja sebagai buruh harian.

"Pada malam kejadian, kayu api basah akibat hujan lalu isteri mangsa membeli tong gas untuk kegunaan segera. Suspek mempertikai tindakan itu dan mendakwa keluarganya ada duit untuk membeli tong gas tetapi tidak untuk yuran peperiksaan.

"Ibunya cuba menenangkan dan berjanji akan mencari wang pada pagi esok, namun suspek tetap berkeras mahukannya segera," katanya menurut laporan NDTV.

Pertengkaran semakin memuncak pada awal pagi Selasa sebelum Ajay bertindak memukul kepala bapanya dengan kayu sehingga mangsa maut di tempat kejadian.

Jeritan daripada rumah itu menarik perhatian jiran yang kemudian bergegas ke lokasi, namun mangsa sudah tidak bernyawa.

Susulan laporan dibuat isteri mangsa, polis menahan suspek dan membuka kertas siasatan di bawah kes bunuh.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pemuda di India memukul bapanya hingga maut kerana tidak diberi wang yuran peperiksaan polis
  • Pertengkaran berlaku selepas suspek mengetahui belian tong gas oleh ibunya sedangkan dia tidak diberi wang yuran
  • Keluarga hanya bergantung pendapatan dari menjual sayur dan kerja buruh harian
  • Ibu suspek berjanji akan mencari wang tetapi suspek berkeras mahukannya segera
  • Ajay menggunakan kayu untuk memukul kepala bapanya hingga maut, polis menahan suspek dan membuka kertas siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!