Peja harap Idris perkukuh kerjasama PN Perak

Kenyataan Pengerusi PN Perak. (Kanan: Ahmad Faizal)
Kenyataan Pengerusi PN Perak. (Kanan: Ahmad Faizal)
A
A
A

IPOH - Perikatan Nasional (PN) Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baharu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelantikan itu diharap akan memantapkan lagi kerjasama dalam parti-parti di dalam PN negeri.

"Semoga kepimpinan beliau terus memperkukuh perjuangan serta memantapkan lagi kerjasama dalam saf PN di negeri ini.

"Moga dengan kepimpinan baharu ini, ukhuwah serta kesatuan kita dalam PN semakin kukuh demi membela rakyat, agama, bangsa dan negara.," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahmad Faizal dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada mantan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria atas jasa dan pengorbanan sepanjang menerajui Pas Perak sebelum ini.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol tidak lagi dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas apabila peringkat pusat parti mengumumkan Idris sebagai pengganti.

Idris sebelum ini kekal sebagai Naib Presiden Pas selepas menang tanpa bertanding pada Muktamar Tahunan Pas ke-71 baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PN Perak ucap tahniah kepada Idris atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Perak
  • Pelantikan Idris diharap memantapkan kerjasama dalam parti-parti di dalam PN Perak
  • Kepimpinan baharu Idris diharap memperkukuh perjuangan dan meningkatkan kesatuan dalam PN demi membela rakyat, agama, bangsa dan negara
  • Ahmad Faizal mengucapkan penghargaan kepada Razman atas jasa dan pengorbanannya
  • Idris kekal sebagai Naib Presiden Pas selepas menang tanpa bertanding di Muktamar Tahunan Pas ke-71

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!