MBJB Spot, MyMersing Digital lonjak transformasi bandar pintar

KUALA LUMPUR – Syarikat berstatus Malaysia Digital (MD), Presgo Gateway Sdn Bhd membuktikan keupayaan dalam mengangkat perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke era digital menerusi aplikasi MyMersing Digital yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Muhamad Raja Imran Shah berkata, selepas kejayaan MBJB Spot yang dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), aplikasi terbaharu itu dilihat mampu meningkatkan hasil kutipan serta memudahkan urusan pembayaran harian bersama PBT.
"MyMersing Digital bukan sekadar aplikasi bayaran parkir, tetapi platform menyeluruh yang pertama di daerah itu.
"Ia mesra pengguna, mudah diakses dan dalam jangka masa panjang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan dalam membantu menyelesaikan urusan berkaitan PBT," katanya ketika ditemui pada Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan aplikasi tersebut mencerminkan hasrat Presgo Gateway dalam memperluaskan pengalaman serta kepakaran digital yang dibuktikan melalui MBJB Spot.
"MBJB Spot berjaya mengubah sistem parkir di Johor Bahru daripada kupon fizikal kepada digital sepenuhnya bermula Januari 2024.
"Hasilnya, rekod kutipan tertinggi pernah dicapai dengan RM47 juta dalam setahun, sekali gus membuktikan sistem ini memberi pulangan positif kepada PBT," ujarnya.
Ringkasan AI
- Presgo Gateway Sdn Bhd lancarkan aplikasi MyMersing Digital untuk digitalisasi PBT
- Aplikasi ini akan meningkatkan kutipan hasil dan memudahkan pembayaran harian
- MyMersing Digital adalah platform digital menyeluruh pertama untuk daerah itu
- Aplikasi ini mudah diakses dan mesra pengguna untuk semua golongan
- MBJB Spot, aplikasi sebelumnya, meningkatkan kutipan parkir di Johor Bahru kepada RM47 juta setahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
