[VIDEO] Ibu dan anak ditemui maut dalam MPV

A
A
A

MELAKA - Dua beranak ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) Proton Exora di Jalan Solok Hilir Paya Rumput, Cheng di sini pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian jam 12 pagi itu mangsa, Zabanah Abu Hussin, 57, yang merupakan seorang ibu tunggal dan anaknya, Intan Nur Shafiqah Othman, 25, dipercayai lemas akibat terhidu gas karbon monoksida.

Dzulkhairi
Dzulkhairi

Menurut beliau, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 pagi daripada seorang orang awam yang memaklumkan penemuan wanita berstatus itu bersama anak perempuannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dua beranak ditemui dalam sebuah kereta Proton Exora di Jalan Solok Hilir Paya Rumput, Cheng di sini pada awal pagi Khamis.
Dua beranak ditemui dalam sebuah kereta Proton Exora di Jalan Solok Hilir Paya Rumput, Cheng di sini pada awal pagi Khamis.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa disyaki lemas akibat keracunan gas karbon monoksida selepas berhenti untuk berehat tanpa mematikan enjin kenderaan.

"Anggota polis yang tiba di lokasi mendapati enjin kenderaan dan pendingin hawa masih hidup selain tingkap juga tertutup.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua beranak yang lengkap berpakaian dalam keadaan berbaring di kerusi hadapan dan pegawai perubatan Hospital Melaka mengesahkan kedua-duanya sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Ex Kesidang 2025 anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Mayat kedua-dua beranak itu yang ditemui dalam kenderaan tersebut.
Mayat kedua-dua beranak itu yang ditemui dalam kenderaan tersebut.

Mayat kedua-dua beranak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan proses bedah siasat dijadualkan pada jam 8.30 pagi.

"Siasat masih dalam tindakan dan sampel darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis dadah, alkohol dan gas karbon monoksida," katanya lagi.

Jelas beliau kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan siasatan penuh dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian dua beranak yang tular itu.

Ringkasan AI

  • Dua beranak ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta MPV Proton Exora di Melaka
  • Mangsa, seorang ibu tunggal bersama anak perempuannya, dipercayai lemas akibat terhidu gas karbon monoksida
  • Polis menerima panggilan kecemasan tentang penemuan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri
  • Siasatan awal mendapati mereka lemas kerana keracunan gas karbon monoksida setelah berhenti berehat tanpa mematikan enjin kenderaan
  • Mayat kedua-dua beranak dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat, siasatan masih berjalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!