Kes lebih muatan meningkat - JPJ Kelantan

Mohd Misuari (kiri) meraikan Mohamad Apandi (tiga,kanan) pada Majlis Paluan Berundur di JPJ Kelantan, Panji, Kota Bharu pada Khamis. FOTO:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Mohd Misuari (kiri) meraikan Mohamad Apandi (tiga,kanan) pada Majlis Paluan Berundur di JPJ Kelantan, Panji, Kota Bharu pada Khamis. FOTO:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mendedahkan berlaku peningkatan ketara berkaitan kesalahan kenderaan berat membawa muatan lebih apabila sebanyak 1,093 kes direkodkan tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding 906 untuk tempoh sama tahun lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kesalahan tersebut banyak melibatkan kenderaan membawa bahan binaan seperti batu, pasir, balak dan tanah, selain bahan mentah, bijih besi serta batu bongkah.

"Kesemua kes itu melibatkan kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Bagi APJ tahun ini sebanyak 1,080 kes telah direkodkan berbanding 890 untuk tempoh sama tahun lalu. Untuk kesalahan APAD pula menunjukkan penurunan apabila 13 kes telah catatkan berbanding 16 kes bagi tempoh sama," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Paluan Berundur Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Mohamad Apandi Jusoh.

Menurut Mohd Misuari, jumlah kompaun yang dikeluarkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini melonjak kepada RM126,000, berbanding RM58,000 sahaja bagi tempoh sama 2024.

Ujarnya, bagaimanpun jumlah denda yang dikenakan mahkamah menunjukkan penurunan besar, daripada RM297,000 tahun lalu kepada hanya RM18,000 tahun ini.

Tambah beliau, JPJ Kelantan akan terus memperketatkan penguatkuasaan kerana kesalahan lebih muatan bukan sahaja merosakkan jalan raya, tetapi juga membahayakan pengguna lain.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kesalahan kenderaan berat membawa muatan lebih di Kelantan meningkat dengan 1,093 kes dari Januari hingga Ogos berbanding tahun lalu
  • Kebanyakan kesalahan melibatkan kenderaan membawa bahan binaan dan bahan mentah
  • Kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan meningkat manakala kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat menunjukkan penurunan
  • Jumlah kompaun naik kepada RM126,000 dari Januari hingga Ogos tahun ini
  • JPJ Kelantan memperketat penguatkuasaan untuk mengatasi isu lebih muatan yang merosakkan jalan dan membahayakan pengguna

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!