Belanjawan 2026: 'Mesti ada berita baik' - KSN

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans Integriti dan AntiRasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 pada Khamis.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans Integriti dan AntiRasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 pada Khamis.
A
A
A

SEPANG – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi bayangan bahawa Belanjawan Madani 2026 bakal membawa berita gembira bukan sahaja kepada penjawat awam tetapi juga rakyat secara keseluruhanannya.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat oleh kerajaan semasa pembentangan belanjawan yang dijadualkan berlangsung di Parlimen pada Oktober depan.

“Mesti ada berita baik... Tapi saya belum boleh kongsi lagi.

"Untuk penjawat awam, untuk rakyat, kerajaan Madani, kerajaan yang baik dan prihatik kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans Integriti dan AntiRasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4, di sini pada Khamis.

Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sebulan gaji kepada penjawat awam menerusi bajet tahun depan.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, kali terakhir bonus sebulan gaji diberikan ialah pada 2012 dan pemberian itu wajar dipertimbangkan semula memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat selain sebagai penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi bayangan bahawa Belanjawan Madani 2026 akan membawa berita gembira kepada penjawat awam dan rakyat secara keseluruhan
  • Pengumuman belanjawan akan dibuat di Parlimen pada Oktober depan
  • Belanjawan itu dianggap sebagai tindakan kerajaan Madani yang prihatik kepada rakyat
  • Belanjawan 2026 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober
  • CUEPACS meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sebulan gaji kepada penjawat awam dalam bajet tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!