Aisar Khaled diusir ketika hulur bantuan mangsa banjir di Bali

BALI – Usaha pempengaruh selebriti, Aisar Khaled, membantu mangsa banjir di Bali bertukar insiden tidak menyenangkan apabila beliau diusir penduduk ketika menghulurkan bantuan, pada Selasa.
Menurut laporan portal Indonesia, Suara.com, kehadiran Aisar yang membawa bantuan dikatakan mengganggu kerja pembersihan pasca banjir dan menimbulkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Sementara itu menerusi video tular di media sosial, Aisar dilihat cuba menyerahkan barangan bantuan sebelum sekumpulan individu tempatan memintanya beredar.
Situasi tersebut menimbulkan rasa tidak selesa, sekali gus menghalang niat asalnya untuk meringankan beban mangsa bencana.
Sebelum ini, Bali berdepan banjir besar yang meragut lebih sedozen nyawa serta menjejaskan ribuan penduduk selepas hujan lebat melanda enam wilayah di pulau pelancongan berkenaan.
Insiden menimpa Aisar mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di Malaysia dan Indonesia, dengan ada yang menyatakan simpati manakala sebahagian lain menganggap beliau perlu lebih berhati-hati ketika menyalurkan bantuan di luar negara.-Agensi
Ringkasan AI
- Usaha pempengaruh selebriti, Aisar Khaled, membantu mangsa banjir di Bali bertukar insiden tidak menyenangkan apabila beliau diusir penduduk
- Kehadiran Aisar yang membawa bantuan dikatakan mengganggu kerja pembersihan pasca banjir dan menimbulkan kesesakan lalu lintas
- Aisar cuba menyerahkan barangan bantuan sebelum sekumpulan individu tempatan memintanya beredar
- Situasi tersebut menghalang niat asalnya untuk meringankan beban mangsa bencana
- Insiden menimpa Aisar mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di Malaysia dan Indonesia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

