Mangsa banjir di Sabah meningkat

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat kepada 3,325 orang daripada 964 keluarga petang ini berbanding 3,134 orang daripada 916 keluarga pada Khamis.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan enam daerah iaitu Beaufort, Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang.
"Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Penampang dan Papar menunjukkan trend peningkatan manakala di Beaufort, Membakut dan Sipitang jumlah mangsa kekal, sementara di Putatan berkurang.
"Setakat ini 128 buah kampung terjejas akibat bencana banjir yang melanda Sabah sejak 9 September lepas,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, di Sarawak, JPBN memaklumkan 13 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi setakat 4 petang pada Khamis.
Setakat ini, dua stesen aras air sungai iaitu di Marudi dan Long Teru turut dilaporkan berada pada tahap bahaya. - Bernama
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,325 orang dari 964 keluarga
- Mangsa banjir ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara melibatkan enam daerah
- Trend peningkatan mangsa di Penampang dan Papar manakala Beaufort, Membakut dan Sipitang kekal dan di Putatan berkurang
- Sebanyak 128 buah kampung di Sabah terjejas akibat banjir
- Di Sarawak, 13 orang dari tiga keluarga berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi, dua stesen aras air sungai lapor pada tahap bahaya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
