Tak sampai RM100 hasilkan kostum Pahlawan Iban

Sharifah Marina bersama Saif Islam.
Sharifah Marina bersama Saif Islam.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Berbekalkan kos tidak sampai RM100, seorang ibu berjaya menyiapkan sendiri kostum ‘Pahlawan Iban’ buat anak tunggalnya, Saif Islam Abdul Rahman, 10, untuk digayakan sempena Program Hari Malaysia di Pasar Muafakat Sabah, Masai pada Selasa.

Sharifah Marina Sharif Mohammad, 38, berkata, idea berkenaan datang daripada abang kandungnya yang mahu menampilkan sedikit kelainan setelah saban tahun menggayakan kostum dari Sabah.

Menurutnya, penghasilan kostum berkenaan tidak memerlukan belanja besar kerana menggunakan barangan terpakai.

“Ramai fikir nak hasilkan pakaian macam ini mesti mahal, padahal kalau kreatif kita boleh guna semula barang-barang di rumah.

Saif Islam (tiga dari kanan) menggayakan kostum Pahlawan Iban sempena Program Hari Malaysia di Pasar Muafakat Sabah, Masai pada Selasa.
Saif Islam (tiga dari kanan) menggayakan kostum Pahlawan Iban sempena Program Hari Malaysia di Pasar Muafakat Sabah, Masai pada Selasa.

“Saya cuba buat sendiri, tambah sedikit demi sedikit aksesori. Alhamdulillah akhirnya siap dengan kos tak sampai RM100,” katanya kepada Sinar Harian.

Saif Islam merupakan salah seorang daripada 15 peserta yang menyertai acara pakaian merdeka sempena Program Sambutan Hari Malaysia.

Sharifah Marina berkata, anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu Majidee di sini, begitu teruja menyaksikan pakaian yang disediakan itu.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, anaknya sudah pun siap dan bersedia untuk ke majlis berkenaan sejak awal pagi biarpun tidak dapat ditemani ayahnya kerana bekerja.

Saif Islam menggayakan kostum Pahlawan Iban yang dihasilakn oleh ibunya.
Saif Islam menggayakan kostum Pahlawan Iban yang dihasilakn oleh ibunya.

“Anak saya cukup teruja untuk mengenakan pakaian ‘Pahlawan Iban’ ini. Awal pagi lagi dia dah siap dan tak sabar-sabar untuk ke program hari ini.

“Katanya dia bangga dapat pakai kostum ini dan nak orang tengok. Tak apalah, apa pun bagi saya yang penting anak gembira dan dalam masa sama kita bawa mesej perpaduan sebab budaya Iban pun sebahagian daripada Malaysia,” ujarnya yang berasal dari Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Saif Islam berkata, dia berasa bangga dan teruja apabila dapat mengenakan pakaian tradisional tersebut.

“Baju ini cantik, saya suka dan saya rasa macam pahlawan bila pakai baju ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang ibu membelanjakan kurang dari RM100 untuk buat kostum 'Pahlawan Iban' buat anaknya
  • Kostum tersebut untuk Program Hari Malaysia di Pasar Muafakat Sabah, Masai
  • Kostum dibuat menggunakan barangan terpakai
  • Saif Islam, 10 tahun, teruja dan bangga dapat mengenakan pakaian tersebut
  • Sharifah Marina ingin menyampaikan mesej perpaduan melalui kostum budaya Iban

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!