Covid-19 - Saran stesen minyak sedia jurupam

A
A
A

SEREMBAN - Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan menyarankan semua Stesen Minyak di Negeri Sembilan untuk menyediakan jurupam bagi membantu pengguna untuk mengisi minyak.

Beliau berkata, langkah itu dapat mengelakkan wabak koronavirus (Covid-19) disebarkan ketika orang ramai mengisi minyak.

“Saya setuju dengan cadangan bahawa sebaik-baiknya setiap stesen minyak di negeri ini dapat sediakan jurupam sendiri untuk mengelakkan Covid-19 ini disebarkan tanpa sedar.

“Ketika ini setiap orang bebas mengisi minyak sendiri dan kita tidak tahu jika ada yang sudah dijangkiti atau tidak,”katanya kepada Sinar Harian.

Pandangan itu dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah itu menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, langkah sedemikian perlu segera diambil sebelum terlambat berikutan peningkatan kes semakin membimbangkan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: