Buaya 1.5 meter muncul di sungai tepi sawah, Paya Luboh

MELAKA - Kelibat seekor buaya dianggarkan sepanjang 1.5 meter muncul di sungai tepi sawah, Paya Luboh, Tangga Batu, di sini pada Isnin.
Kehadiran reptilia itu mula disedari sekitar jam 12 tengah hari oleh sekumpulan pemancing yang sedang menangkap ikan di tebing sungai berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi berkata, buaya berkenaan berkemungkinan berada di tebing sungai itu susulan banjir kilat dan air pasang baru-baru ini.

“Sungai kecil di sepanjang kawasan sawah padi ini menjadi tumpuan anak-anak mandi dan aktiviti memancing, jadi saya telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu turut hadir melakukan pemantauan sebelum kes diserahkan kepada Perhilitan,” katanya pada Isnin.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, pihaknya sudah menghantar anggota untuk mengesan reptilia itu.
Ringkasan AI
- Kelibat buaya sepanjang 1.5 meter muncul di sungai tepi sawah Paya Luboh, Tangga Batu
- Pemancing menyedari kehadiran reptilia tersebut sekitar jam 12 tengah hari
- ADUN Pantai Kundor mencadangkan kehadiran buaya tersebut berkaitan dengan banjir kilat dan air pasang
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Melaka dihubungi untuk tindakan lanjut
- Pasukan bomba melakukan pemantauan sebelum kes diserahkan kepada Perhilitan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


