Remaja hampir pengsan ketika mendaki Gunung Lambak diselamatkan

Anggota bomba cuba menenangkan remaja perempuan berkenaan setelah berjaya dibawa turun. Foto BBP Kluang
Anggota bomba cuba menenangkan remaja perempuan berkenaan setelah berjaya dibawa turun. Foto BBP Kluang
A
A
A

KLUANG – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hampir pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Lambak di sini pada Isnin

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohd Shamsul Amri dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.13 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota bomba dengan jentara Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi sejauh 6 kilometer.

“Setibanya anggota bomba ke lokasi pada jam 9.20 pagi, didapati seorang mangsa kelihatan tidak bermaya pada ketinggian 200 meter dari kaki gunung.

“Difahamkan remaja berkenaan bersama dua lagi rakannya pergi ke kawasan berkenaan bagi melakukan aktiviti mendaki, tetapi remaja perempuan tersebut kemudiannya kelihatan seperti terlalu kepenatan dan hampir pengsan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kesemua remaja perempuan tersebut berjaya diselamatkan anggota bomba. Foto BBP Kluang.
Kesemua remaja perempuan tersebut berjaya diselamatkan anggota bomba. Foto BBP Kluang.

Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa turun menggunakan pengusung dan menghantar mangsa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan perkhidmatan EMRS.

Tambahnya, ketiga-tiga remaja terbabit telah melakukan aktiviti pendakian menggunakan laluan satu iaitu laluan yang lebih mencabar berbanding laluan dua di gunung setinggi 510 meter dari aras laut itu.

Artikel Berkaitan:

“Mujurlah di lokasi berhampiran ada seorang anggota bomba wanita dari BBP Renggam dan sebaik ternampak keadaan remaja tersebut dia segera menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.20 tengah hari selepas memastikan keadaan selamat,” katanya.

Ringkasan AI

  • Anggota bomba menyelamatkan remaja perempuan hampir pengsan di Gunung Lambak
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 pagi
  • Delapan anggota bomba hantar ke lokasi 6 kilometer dengan FRT dan EMRS
  • Remaja itu kelihatan tidak bermaya pada ketinggian 200 meter dari kaki gunung
  • Mangsa dibawa turun dan dihantar ke hospital menggunakan perkhidmatan EMRS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!