Suspek kes tembakan Charlie Kirk enggan bekerjasama - Gabenor Utah

Suspek kes tembakan Charlie Kirk yang berusia 22 itu dikatakan enggan memberi kerjasama kepada pihak penyiasat - Foto: Agensi
Suspek kes tembakan Charlie Kirk yang berusia 22 itu dikatakan enggan memberi kerjasama kepada pihak penyiasat - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Suspek dalam kes tembakan yang mengorbankan aktivis konservatif Charlie Kirk enggan bekerjasama dengan pihak penyiasat, kata Gabenor Utah, Spencer Cox pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Suspek setakat ini tidak memberikan kerjasama,” kata Cox kepada penyiar NBC.

Menurut beliau, suspek berusia 22 tahun itu berasal daripada keluarga konservatif tetapi berpegang kepada "ideologi berhaluan kiri”, serta banyak menghabiskan masa di "dark internet, budaya Reddit dan laman-laman gelap lain.”

Cox juga berkata, media sosial memainkan peranan langsung dalam setiap pembunuhan dan cubaan pembunuhan yang kita saksikan sejak lima atau enam tahun lalu.

Kirk, 31, penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ditembak di bahagian leher ketika berucap pada satu acara di universiti pada Rabu lalu dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.

Pegawai negeri menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan bermotif politik dan menyatakan mereka akan menuntut hukuman mati.

Kirk tidak pernah memegang jawatan awam, namun dia merupakan tokoh berpengaruh dalam politik konservatif akar umbi, mengetuai pertubuhan belia Turning Point USA, mengendalikan podcast popular dan mempunyai jutaan pengikut di media sosial.

Turning Point USA memaklumkan ia akan menganjurkan upacara peringatan di sebuah stadium berkapasiti 60,000 tempat duduk berhampiran Phoenix pada 21 September.

Trump dilaporkan mungkin menghadiri pengebumian Kirk. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Suspek dalam kes tembakan yang mengorbankan aktivis konservatif Charlie Kirk enggan bekerjasama dengan pihak penyiasat
  • Suspek berusia 22 tahun dari keluarga konservatif dan berpegang kepada ideologi berhaluan kiri
  • Media sosial memainkan peranan langsung dalam pembunuhan dan cubaan pembunuhan dalam lima atau enam tahun ini
  • Charlie Kirk, penyokong Donald Trump, ditembak ketika berucap di universiti dan meninggal dunia akibat kecederaan
  • Pegawai negeri menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan bermotif politik dan menyatakan akan menuntut hukuman mati

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!