Satu maut, 11 parah ambulans bertembung van

Ambulans bertembung dengan sebuah van menyebabkan seorang maut dan 11 lagi parah di Jalan Paris 2 Kinabatangan. Foto ihsan JBPM Sabah
Ambulans bertembung dengan sebuah van menyebabkan seorang maut dan 11 lagi parah di Jalan Paris 2 Kinabatangan. Foto ihsan JBPM Sabah
A
A
A

KINABATANGAN - Seorang dilaporkan maut manakala 11 lagi parah selepas ambulans bertembung dengan sebuah van di Jalan Paris 2, Kinabatangan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, identiti semua mangsa termasuk individu yang maut masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.

Katanya, seramai lima anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 30 kilometer dari BBP Kinabatangan.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah van jenis Foton View yang bertembung dengan sebuah ambulans dengan keseluruhan 12 mangsa terlibat.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, membabitkan empat mangsa dari ambulans dan lapan lagi dari van Foton View.

“Hasil pemeriksaan lanjut, seorang mangsa yang berada dalam ambulans disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi, manakala 11 lagi mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Hairi, operasi ditamatkan selepas pasukannya memastikan keadaan di lokasi selamat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang maut manakala 11 lagi parah selepas ambulans bertembung dengan van di Kinabatangan
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di Jalan Paris 2
  • Identiti semua mangsa termasuk yang maut masih belum dikenal pasti
  • Seramai lima anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari BBP Kinabatangan
  • Kesemua 12 mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, dengan satu mangsa dalam ambulans meninggal dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!