Polis sahkan penahanan YDP Pas Sungai Buloh

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penahanan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung isu operasi pengosongan kediaman penduduk di Kampung Sungai Baru.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penahanan Zaharudin dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Saya sahkan penahanan ini bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari," katanya ringkas dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, tular sebuah rakaman video menunjukkan Zaharudin ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di kediamannya di Sungai Buloh kira-kira jam 1.30 pagi.
Media sebelum ini melaporkan, tujuh individu berusia antara 15 hingga 52 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam provokasi ketika pelaksanaan writ saman milikan kosong di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu.
Mereka turut disyaki terbabit dalam kejadian mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika operasi berkenaan dijalankan.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan penahanan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad untuk siasatan isu operasi pengosongan kediaman di Kampung Sungai Baru
- Penahanan dijalankan mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan
- Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan penahanan bersabit kes Kampung Sungai Baru
- Rakaman video menunjukkan Zaharudin ditahan oleh polis di kediamannya di Sungai Buloh
- Tujuh individu berusia antara 15 hingga 52 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam provokasi dan mencederakan Ketua Polis Daerah saat operasi di Kampung Sungai Baru
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

