Boleh sumbang kepada sekolah tapi ikut garis panduan - KPM

Usaha meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan akan terus diperkasa demi kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
Usaha meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan akan terus diperkasa demi kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan komitmennya memastikan setiap warga sekolah berada dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan dan individu perseorangan dalam menyokong penyelenggaraan institusi pendidikan.

Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan sumbangan perlu disalurkan mengikut garis panduan sedia ada bagi menjamin keselamatan dan ketertiban proses di sekolah.

“KPM mengambil tanggungjawab penuh memastikan sekolah berada dalam keadaan kondusif. Pentadbir sekolah juga berperanan untuk memastikan keadaan sekolah terus selesa untuk murid dan guru,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Berkaitan isu tajaan penyaman udara di sebuah sekolah di Putrajaya, KPM menjelaskan ia dalam perhatian Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).

Peruntukan telah disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan fasiliti pendidikan di bawah pentadbiran jabatan berkenaan.

Kementerian itu turut menegaskan usaha meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan akan terus diperkasa demi kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Isu ini tercetus selepas hantaran tular di media sosial oleh seorang pempengaruh yang menawarkan tajaan penyaman udara untuk sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan persekitaran sekolah yang selesa dan selamat
  • Mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat korporat, yayasan dan individu untuk sokongan penyelenggaraan pendidikan
  • Sumbangan mesti mengikut garis panduan untuk keselamatan dan ketertiban sekolah
  • Tanggungjawab memastikan sekolah kondusif dipikul bersama oleh KPM dan pentadbir sekolah
  • Isu tajaan penyaman udara di sebuah sekolah di Putrajaya dalam perhatian Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!