Terbuka Hong Kong: Perjuangan Pearly-Thinaah terhenti di separuh akhir

HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan nombor empat dunia dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian di separuh akhir.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong yang dimenangi tahun lalu.
Dalam aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan negara yang juga pilihan kedua kejohanan tunduk kepada Yi Fan-Shu Xian selaku pilihan ketiga kejohanan dengan straight set 14-21, 11-21.
Untuk rekod, ini kali kelima berturut-turut Pearly-Thinaah tewas kepada lawan sama dalam enam pertemuan.
Malah, Yi Fan-Shu Xian sekali lagi menjadi penghalang mereka mara ke final, sebagaimana yang berlaku ketika menyingkirkan beregu negara itu di Masters Malaysia dan Terbuka China sebelum ini.
Ringkasan AI
- HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan nombor empat dunia dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian di separuh akhir
- Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong yang dimenangi tahun lalu
- Dalam aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan negara yang juga pilihan kedua kejohanan tunduk kepada Yi Fan-Shu Xian selaku pilihan ketiga kejohanan dengan straight set 14-21, 11-21
- Untuk rekod, ini kali kelima berturut-turut Pearly-Thinaah tewas kepada lawan sama dalam enam pertemuan
- Yi Fan-Shu Xian sekali lagi menjadi penghalang mereka mara ke final, sebagaimana yang berlaku ketika menyingkirkan beregu negara itu di Masters Malaysia dan Terbuka China sebelum ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
