Agong tinjau perairan Johor

Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninjau keadaan perairan di Johor. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninjau keadaan perairan di Johor. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Sabtu berkenan berangkat meninjau keadaan perairan di Johor meskipun hujan lebat sejak pagi.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Sultan Ibrahim mengemudi sendiri bot dari Jeti Diraja Stulang Laut sebelum menuju ke perairan Kota Tinggi.

Sultan Ibrahim mengemudi sendiri bot dari Jeti Diraja Stulang Laut ke perairan Kota Tinggi. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim mengemudi sendiri bot dari Jeti Diraja Stulang Laut ke perairan Kota Tinggi. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

"Keberangkatan Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan rakyat khususnya nelayan yang bergantung kepada laluan perairan sebagai sumber rezeki, pengangkutan dan kegiatan harian,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu juga memuat naik beberapa gambar yang merakam keberangkatan Seri Paduka Baginda ketika meninjau kawasan perairan berkenaan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meninjau keadaan perairan di Johor
  • Sultan Ibrahim mengemudi sendiri bot dari Jeti Diraja Stulang Laut ke perairan Kota Tinggi
  • Keberangkatannya mencerminkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat
  • Khususnya nelayan yang bergantung kepada laluan perairan sebagai sumber rezeki
  • Hantaran di Facebook rasmi memuat naik gambar keberangkatan Sultan Ibrahim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!