'Jangan sorok di balik meritokrasi' - Pemuda UMNO bantah cadangan mansuh matrikulasi

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan memansuhkan sistem matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) tidak adil dan meminggirkan kelompok luar bandar.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, cadangan tersebut tidak mengambil kira realiti akses pendidikan yang tidak seimbang, khususnya melibatkan pelajar di kawasan pedalaman.

Menurutnya, sistem matrikulasi diwujudkan sebagai antara mekanisme untuk membuka lebih banyak ruang kepada pelajar luar bandar dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau semua kena ikut STPM, siapa yang paling untung? Yang ada tuisyen, sekolah 'top', guru hebat. Siapa pula yang teruk tersepit, rugi? Anak kampung, anak nelayan, anak Felda.

"Jangan sembunyi belakang 'meritokrasi' jika akhirnya hanya kelompok tertentu yang untung. Janganlah membina istana di atas pusara, menari di atas tangisan anak-anak kampung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dilapor menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke UA bagi jurusan ijazah.

Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik, mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh universiti ternama dunia.

Dalam pada itu Wan Muhammad Zuhir turut mempersoalkan sikap segelintir pihak yang lantang mengkritik sistem matrikulasi tetapi berdiam dengan kewujudan sistem pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang tidak mengikut dasar pendidikan kebangsaan.

"Yang tidak ikut dasar pendidikan kebangsaan tidak pernah pula kamu persoalkan.

Artikel Berkaitan:

"Kenapa 'double standard'," ujarnya.

 

 

Ringkasan AI

  • Cadangan memansuhkan sistem matrikulasi dianggap tidak adil terutama kepada kelompok luar bandar
  • Sistem matrikulasi membuka peluang kepada pelajar luar bandar dan kurang berkemampuan
  • Penghapusan sistem ini akan menguntungkan pelajar dari sekolah top dan mereka yang mampu mendapatkan tuisyen
  • UMNO berpendapat cadangan ini meminggirkan pelajar dari latar belakang kampung, nelayan, dan Felda
  • Terdapat kritik terhadap sikap segelintir yang mengkritik sistem matrikulasi namun tidak terhadap sistem pendidikan lain seperti UEC yang tidak mengikut dasar pendidikan kebangsaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!