Polis siasat kes kecurian beg di masjid tular

KOTA TINGGI – [DIKEMAS KINI] Polis membuka kertas siasatan berhubung kes kecurian yang dilaporkan berlaku di Masjid Jamek As-Sharif Felda Pasir Raja, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada jam 8.19 malam.
“Pihak polis telah terkesan dengan satu hantaran di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun dengan nama ‘AfiqAziz28’ berkenaan video tular kecurian beg di masjid tersebut yang dipercayai berlaku pada jam 8 malam.
“Pihak polis juga menerima laporan daripada seorang perempuan pada jam 8.19 malam berhubung kejadian kecurian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Yusof, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Mohd Kamal Wan Abas di talian 013-2624774.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau melalui hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 07-8831222,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
