Bersatu sebulat suara calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-11

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR –Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara meluluskan usul ucapan dasar presiden sekali gus menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perwakilan turut sepakat mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-11 mewakili Bersatu.

“Perkara itu dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 yang berlangsung pada 6 dan 7 September dengan kehadiran 20 pembahas mewakili negeri, sayap parti dan wakil mahasiswa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Perbahasan sepanjang dua hari itu menyentuh pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi global, perpaduan rakyat serta perkembangan politik semasa.

“Perwakilan bertekad untuk terus bekerja kuat di lapangan dan meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!