Jonah dapat tonik terbaik menjelang Sukan SEA 2025

Jonah dapat suntikan semangat selepas mengegarkan pentas SIPMA 2025. - Foto: Sukan IPT
Jonah dapat suntikan semangat selepas mengegarkan pentas SIPMA 2025. - Foto: Sukan IPT
A
A
A

ATLET lontar peluru lelaki negara, Jonah Chang Rigan menghadiahkan motivasi besar buat dirinya menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember depan selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 di Johor Bahru.

Dalam aksi penuh tumpuan itu, atlet berusia 22 tahun yang mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) melakukan lontaran sejauh 18.66 meter (m), sekali gus memadam rekod lama 18.46m yang dilakukannya pada Kejohanan Super Siri Olahraga Terbuka Pahang tahun lalu.

Jonah dapat suntikan semangat selepas mengegarkan pentas SIPMA 2025. - Foto: Sukan IPT
Jonah dapat suntikan semangat selepas mengegarkan pentas SIPMA 2025. - Foto: Sukan IPT

Earl Isaac Mitzler Fredolin dari Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan catatan 15.39m, manakala rakan sepasukan Jonah di MASUM, Nathanial Majid, meraih tempat ketiga selepas melakukan lontaran sejauh 15.14m.

Jonah yang sudah mengesahkan tiket ke Thailand sebelum ini dilaporkan bertekad untuk memburu pingat di Thailand 2025, sekali gus mengharumkan nama negara di temasya berprestij Asia Tenggara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!