Bekas ADUN Juasseh, Mohammad Razi meninggal dunia

Allahyarham Mohammad Razi dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.04 pagi akibat komplikasi penyakit hati.
Allahyarham Mohammad Razi dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.04 pagi akibat komplikasi penyakit hati.
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun di kediamannya di Taman Guru Melayu di sini pada pagi Ahad.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.04 pagi akibat komplikasi penyakit hati.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan, yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga.

“Innalillahiwainnailaihirojiun... Dimaklumkan bekas YB DUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Jenazah dibawa ke masjid sekitar 11.45 pagi untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas solat Zohor," katanya pada Ahad.

Katanya, kali terakhir bertemu beliau adalah di majlis perkahwinan anaknya. Ketika itu, beliau berkerusi roda.

"Allahyarham dikenali ramai sebagai seorang tokoh masyarakat yang berperwatakan lembut, bersederhana dan mudah didekati.

"Saya telah mengenali beliau sebelum kami menceburi dunia politik," katanya.

Mohammad Razi menjadi ADUN Juasseh dari tahun 2004 hingga 2018 mewakili UMNO dan pernah menyandang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah portfolio Pelancongan.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!