Harimau Muda benam Monggolia 7-0

Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand.
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand.
A
A
A

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand, pada Ahad.

Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Aliff Izwan pada minit ke-13 sebelum Ahmad Aysar Hadi menggandakan jaringan selang dua minit kemudian.

Fergus Tierney kemudian menjadi wira skuad Harimau Muda apabila meledak hatrik pada minit ke-36, 46 dan 48 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Muhammad Aliff sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-56 sebelum Ziad El Basheer melengkapkan pesta gol negara dengan jaringan pada minit ke-68.

Kemenangan sulung itu menyaksikan Malaysia meraih tiga mata pertama untuk menghuni tangga ketiga Kumpulan F di belakang Lubnan dan tuan rumah, Thailand, yang turut mengumpul tiga mata.

Rabu lepas, Malaysia membuka kempen dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Lubnan.

Skuad Harimau Muda selepas ini akan berdepan Thailand pada aksi terakhir kumpulan, Selasa depan.

Kemenangan sulung itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan F, di belakang pendahulu, Lubnan B-23 di tempat pertama, dan Thailand B-23 kedua biarpun masing-masing berkongsi tiga mata setakat ini.

Skuad negara akan memberi fokus untuk bertemu pasukan remaja Gajah Perang dalam aksi terakhir kumpulan, Selasa depan.

Artikel Berkaitan:

Hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir di Arab Saudi pada Januari depan. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!