'Hanya pakaian Nurman ditemui'

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di lokasi mangsa dipercayai hilang di Kampung Baru Lambor Kiri, sejauh kira-kira 3 kilometer. Foto Bomba Perak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di lokasi mangsa dipercayai hilang di Kampung Baru Lambor Kiri, sejauh kira-kira 3 kilometer. Foto Bomba Perak
A
A
A

PARIT - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Baru Labu, Bota Kiri dekat sini sejak Rabu lalu.

Mangsa, Muhammad Nurman Mohd Nor, 27, tidak pulang ke rumah selepas keluar menguruskan lembu peliharaan kira-kira jam 2 petang sebelum memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa dia mahu mandi di sungai.

Bagaimanapun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang dan hanya pakaian miliknya ditemui di lokasi berkenaan.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.46 pagi pada Jumaat.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operas SAR. Foto Bomba Perak
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operas SAR. Foto Bomba Perak

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan yang tiba segera menjalankan kerja-kerja pencarian dengan memasang pos kawalan bomba (PKB) di lokasi serta menggerakkan bot di sungai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi SAR turut disertai sembilan anggota bomba, empat anggota polis serta tujuh wakil Persatuan Nelayan dengan kekuatan beberapa aset termasuk dua bot bomba, sebuah bot polis dan sebuah bot nelayan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pencarian dilakukan dengan menggunakan bot dari Jeti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Sena menuju ke lokasi mangsa dipercayai hilang di Kampung Baru Lambor Kiri, sejauh kira-kira 3 kilometer.

"Setakat ini operasi pencarian masih dijalankan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!