‘Telefon Wira’ curi tumpuan di perarakan Hari Kebangsaan

No Image Caption
A
A
A

Perarakan Hari Kebangsaan Malaysia sentiasa menjadi acara yang penuh warna, semangat dan kebanggaan.

Setiap tahun, kehadiran anggota bomba yang gagah dikenali sebagai ‘Wira Merah’ sering mencuri perhatian penonton dengan keberanian dan karisma mereka.

Namun kali ini, selain aksi anggota bomba yang mengujakan, kemunculan sebuah telefon pintar HONOR yang belum dilancarkan menjadi tumpuan utama.

Pelakon Ben Amir, yang membintangi filem *Legasi: Bomba The Movie*, tampil di atas pelantar perarakan sambil mempamerkan telefon berwarna merah menyala itu; warna yang sinonim dengan seragam bomba.

No Image Caption

Peranti misteri ini pantas mencuri perhatian orang ramai, yang menggelarnya sebagai ‘Telefon Wira Nasional Malaysia.’

Ramai penonton merakam detik tersebut dan berkongsi di media sosial, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat.

Ben Amir dalam temubual bersama dua stesen tv melahirkan kesyukuran apabila berpeluang menyertai perarakan penuh bersejarah itu.

Artikel Berkaitan:

Apatah lagi beliau juga diberikan kesempatan untuk merakam detik-detik terindah dan penuh patriotik dengan telefon HONOR terbaharu itu.

“Saya rasa bertuah sangat dapat sertai sambutan Hari Kebangsaan sebagai anggota bomba.

No Image Caption

“Telefon ni nampak kukuh, boleh dipercayai dan warna merahnya mengingatkan saya pada Wira Merah. Ia suatu penghormatan buat semua wira negara di barisan hadapan,” katanya.

Rekaan telefon ini, dengan binaan yang kukuh dan warna merah ikonik, jelas seiring dengan semangat keberanian anggota bomba yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan rakyat.

Lebih istimewa, nama jenama HONOR sendiri membawa makna keberanian, pengorbanan dan patriotisme serta selaras dengan sifat wira negara.

HONOR menegaskan komitmen untuk menghasilkan peranti tahan lasak, mencerminkan semangat anggota bomba yang sentiasa teguh, bertanggungjawab dan berani berkorban.

Telefon ini bakal dilancarkan tidak lama lagi dan rakyat Malaysia pastinya menantikan detik itu dengan penuh bangga.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!