Lelaki terbaring dipercayai mabuk, bukan sebab Covid-19

Seorang lelaki ditemui terbaring di sebuah stesen minyak di Batu Caves, Selangor, pagi tadi.
Seorang lelaki ditemui terbaring di sebuah stesen minyak di Batu Caves, Selangor, pagi tadi.
A
A
A

GOMBAK - Polis menafikan seorang lelaki yang ditemui terbaring di sebuah stesen minyak di Batu Caves di sini pagi tadi disebabkan serangan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu dimaklumkan pihaknya kira-kira jam 10.30 pagi selepas tular satu video di media sosial.

"Siasatan mendapati kejadian lelaki terbaring adalah dipercayai kerana mabuk bukan Covid-19.

"Ada kesan bau minuman arak di badan selain kecederaan di lututnya akibat terjatuh. Lelaki terbabit telah pun dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, polis memandang serius video tular terbabit yang mengaitkannya dengan serangan wabak Covid-19.

Katanya, siasatan sedang dijalankan untuk mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar itu.

"Ini adalah satu isu yang serius. Orang ramai diingatkan untuk tidak dan sesuka hati menyebarkan berita palsu.

"Mereka boleh dikenakan tindakan tegas undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: