Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika bantu baik pulih dewan sekolah

Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa membantu kerja-kerja baik pulih di sebuah dewan sekolah di Jalan Sayang di sini, pada Isnin.
Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa membantu kerja-kerja baik pulih di sebuah dewan sekolah di Jalan Sayang di sini, pada Isnin.
A
A
A

MUAR – Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa membantu kerja-kerja baik pulih di sebuah dewan sekolah di Jalan Sayang di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki tempatan berusia 53 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat satu selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian pada jam 9.53 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas pegawai perubatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) datang untuk memberi rawatan kecemasan.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, hasil bedah siasat Jabatan Forensik HPSF mengesahkan punca kematian adalah akibat renjatan elektrik.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja melibatkan elektrik dan mendapatkan bantuan pakar.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!