Perak Bison tagih bisa Worapat

TEKONG import Thailand mewakili PDRM Defenders, Worapat Kaewtawatwiset menjadi taruhan Perak Bison bagi menghadapi kempen STL Champions Cup 2025.
Pengendali Perak Bison, Mohd Dzafril Mohd Anuar berkata, kemasukan Worapat adalah bagi mengimbangi pasukan kerana saingan STL Champions Cup menggunakan format antarabangsa dengan hanya lima pemain disenaraikan bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Katanya, format pertandingan berbeza dengan saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang membariskan lapan orang pemain.
“Kemasukan Worapat beri variasi dan tambah kekuatan pasukan,” ujar Dzafril.
Bagi saingan Champions Cup, juara keseluruhan STL 2025 itu membariskan Kritsada Sungvung (tekong), Aidil Aiman Azwawi (feeder), Muhammad Noraizat Nordin (killer), dan Nazrein Daniel Kamal Mustafa (killer)
Perak Bison diundi dalam Kumpulan A bersama Negeri Sembilan Antlers, Johor Tigris, STFI India Fighters dan MGPC Singapore.
Manakala Kumpulan B menampilkan Melaka Titans, Kuala Lumpur Thunder, Ratchaburi Takraw Club, Japan Sepaktakraw dan KSTA Korea.
Saingan STL Champions Cup 2025 berlangsung dari 3 hingga 7 September di Karisma Arena, Negeri Sembilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

