PNB hormati nasihat PM dalam semakan pelaburan Prolintas

PNB akan patuhi panduan Perdana Menteri dalam semakan strategik pelaburan Prolintas.
PNB akan patuhi panduan Perdana Menteri dalam semakan strategik pelaburan Prolintas.
A
A
A

SHAH ALAM - Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mematuhi prinsip panduan dan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam proses memuktamadkan penilaian semakan strategik berkaitan pelaburan dalam Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

Dalam kenyataan pada Ahad, PNB berkata, panduan yang diberikan Perdana Menteri selaras dengan rangka kerja pelaburan syarikat itu yang sentiasa mengutamakan kepentingan pemegang unit, rakyat serta agenda nasional dan bumiputera.

“Ini menjadi pertimbangan utama PNB dalam membuat sebarang penilaian pelaburan aset strategik selaras dengan mandat yang diberikan.

“PNB memberi komitmen tidak akan memilih opsyen pelupusan pemilikan sekiranya ia menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit atau memberi kesan negatif kepada usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Anwar pada Sabtu meminta PNB meletakkan kepentingan nasional dan bumiputera sebagai pertimbangan utama dalam membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, proses semakan strategik oleh PNB terhadap pelaburannya dalam Prolintas tidak wajar diteruskan jika memberi kesan negatif.

Tegas beliau, selaku institusi yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan nasional dan bumiputera, PNB perlu mengekalkan peranan serta pegangan dalam aset strategik negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!