Gelombang protes perlu diredakan segera - KNPI Malaysia

Tengku Adnan.
Tengku Adnan.
A
A
A

SHAH ALAM - Gelombang demonstrasi besar-besaran yang melanda Indonesia ketika ini boleh ditangani melalui kerjasama bersungguh-sungguh daripada semua pihak termasuk Presiden Prabowo Subianto.

Ketua Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia di Malaysia (KNPI Malaysia), Tengku Adnan berkata, usaha ke arah itu sedang berjalan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu.

“Situasi di Indonesia hari ini kembali tenang memandangkan peraturan menetapkan Sabtu dan Ahad tidak dibenar adakan kegiatan demonstrasi.

“Besar harapan kita agar Isnin ini dan seterusnya keadaan kekal tenang dan tiada lagi tindakan yang merosakkan kemudahan awam. Ketika ini juga seluruh pemegang taruh (kerajaan dan pihak yang terlibat) bekerja keras untuk redakan situasi.

“Sudah tentu harapan supaya keadaan kembali normal dan rakyat Indonesia dapat menjalani hidup seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Tengku Adnan berkata, tunjuk perasaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi rakyat juga berdepan kesulitan.

“Justeru, diharap jalan penyelesaian segera dapat dicari untuk menghentikan tunjuk perasaan ini daripada terus berlanjutan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!