JDT dalam kelompok lapan terbaik Asia

Perkongsian dimuat naik JOHOR Southern Tigers.
Perkongsian dimuat naik JOHOR Southern Tigers.
A
A
A

GERGASI bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan statusnya sebagai kuasa besar bola sepak Asia Tenggara.

Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz itu kini berada pada ranking ke-207 dunia, menurut kemas kini terbaharu laman analisis bola sepak antarabangsa, Opta Power Ranking pada 29 Ogos.

Lebih membanggakan muat naik dikongsikan Johor Southern Tigers, kedudukan itu meletakkan Harimau Selatan sebagai kelab kelapan terbaik di Asia serta yang pertama di Asia Tenggara.

Ia sekali gus mengesahkan dominasi JDT di rantau ini bukan sekadar di peringkat domestik, malah turut mendapat pengiktirafan di pentas global.

Opta Power Ranking yang menyenaraikan hampir 13,500 kelab bola sepak di seluruh dunia turut mendedahkan tiada satu pun pasukan lain dari negara ini yang menempatkan diri dalam kelompok 1,000 kelab terbaik dunia.

Harimau Selatan ketika ini memimpin saingan Liga Super dengan 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan selepas menewaskan Selangor (3-0), Negeri Sembilan (5-3), Kuching City (1-0) dan Imigresen FC (3-0).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!