Lelaki warga Myanmar ditemui mati terapung

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi. Foto Bomba Perak
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi. Foto Bomba Perak
A
A
A

BAGAN DATUK – Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui terapung di sebuah jeti pendaratan ikan berhampiran Tanjung Bayan, Hutan Melintang, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 35 tahun ditemui oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada polis untuk menguruskan mayat tersebut.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang yang tiba di lokasi dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki warga asing yang terapung di jeti berkenaan.

Anggota bomba menjalankan operasi membawa naik mayat mangsa ke atas jeti dengan bantuan pukat dan kren dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Bomba Perak
Anggota bomba menjalankan operasi membawa naik mayat mangsa ke atas jeti dengan bantuan pukat dan kren dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Bomba Perak

“Anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi membawa naik mayat mangsa ke atas jeti dengan bantuan pukat dan kren milik jeti nelayan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.55 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!