Penganggur didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Jackie'

Thiam Poh didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Thiam Poh didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak lapan tahun lalu.

Tertuduh, Lee Thiam Poh, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki tersebut didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Jackie’ di daerah ini antara 1 Januari 2017 hingga 28 November 2019.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Suloshani dan Hairun Najmi Mashahadi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!