Beutea semakin berkembang, peroleh sijil halal

Dari kiri ke kanan: Pengarah Operasi BEUTEA, Alice Wong, Tetamu Kehormat, Y.M. Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IGB & Ketua Pegawai Eksekutif Mid Valley City Sdn Bhd, Rennie Lee dan Pengarah Eksekutif BEUTEA, Jess Wong di Majlis Pelancaran Perakuan Halal dan Passion Fruit Milk Tea berjenama BEUTEA.
Dari kiri ke kanan: Pengarah Operasi BEUTEA, Alice Wong, Tetamu Kehormat, Y.M. Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IGB & Ketua Pegawai Eksekutif Mid Valley City Sdn Bhd, Rennie Lee dan Pengarah Eksekutif BEUTEA, Jess Wong di Majlis Pelancaran Perakuan Halal dan Passion Fruit Milk Tea berjenama BEUTEA.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama minuman teh gaya hidup, Beutea Holdings Sdn Bhd kini telah menerima pensijilan Halal bagi banyak cawangannya.

Langkah ini menjadi asas kepada usaha Beutea untuk memperluaskan pensijilan Halal secara berperingkat ke seluruh rangkaian, seiring aspirasi jenama ini untuk mentakrifkan semula minuman teh moden bagi generasi pengguna hari ini yang mementingkan kesihatan.

Beutea mentakrifkan semula teh sebagai rutin moden yang menghubungkan masa lalu dan masa kini dimana bukan sekadar minuman tetapi pengalaman yang dicipta dengan teliti yang diinspirasikan oleh warisan budaya teh berabad lamanya.

Setiap cawan mencerminkan penghormatan mendalam terhadap terhadap tradisi, seni penyediaan teh secara klasik dan rentak kehidupan yang berasaskan ketenangan.

Daripada pemilihan daun teh premium hinggalah penciptaan ruang santai yang mendamaikan, Beutea mengajak generasi baharu untuk kembali menghargai teh sebagai satu tradisi harian yang penuh makna, berasaskan nilai keterhubungan, renungan diri dan kesejahteraan hidup.

Pengarah Eksekutif Beutea, Jess Wong yang telah membawa jenama itu mencipta rekod mengagumkan di peringkat ASEAN menerusi jualan minuman Jasmine Grape Tea.

Minuman yang dikenali dengan aroma bunga yang lembut dan rasa manis menyegarkan itu telah menambat hati pencinta teh di seluruh Malaysia dan rantau ini, dengan lebih satu juta cawan terjual dalam tempoh hanya 12 bulan.

Di bawah kepimpinan Wong, Beutea berjaya merekodkan pencapaian luar biasa ini dengan jumlah jualan sebanyak 1,029,121 cawan antara Mei 2024 hingga April 2025, sekali gus melayakkan syarikat itu menerima pengiktirafan rekod tersebut pada Mei 2025.

Artikel Berkaitan:

JESS WONG
JESS WONG

Dalam majlis penyampaian anugerah pada 21 Mei 2025 di UOB Plaza, Wong menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai hasil sokongan setia pelanggan Beutea serta komitmen padu pasukannya.

Bagi Wong, Beutea lebih daripada sekadar perniagaan dimana ia adalah misi untuk memastikan budaya teh asli terus hidup dan kekal relevan buat generasi baharu.

“Di Beutea, kami percaya bahawa kualiti sebenar bermula dari sumbernya. Sebab itu kami hanya memilih daun teh terbaik dari Pergunungan Wuyi di China yang terkenal dan setiap cawan dibancuh sendiri mengikut piawaian tertinggi dari segi rasa dan keaslian.

“Untuk siri teh susu kami, kami menggunakan susu rendah lemak bagi menawarkan pilihan yang lebih ringan dan menyihatkan dan kesemua minuman kami turut disediakan dengan pilihan gula sifar kalori untuk dinikmati tanpa rasa bersalah.

“Dengan menggabungkan elemen estetik klasik bersama sentuhan moden, kami menjadikan budaya teh asli kekal relevan dan diminati sambil mengekalkan komitmen kami terhadap keseronokan yang berkualiti dan penuh perhatian,"katanya.

Beutea kini bersedia untuk pengembangan yang agresif. Daripada 70 cawangan kedai sedia ada sekarang, jenama itu menyasarkan untuk meningkatkan jumlah cawangan ke hampir 300 lokasi dalam beberapa tahun akan datang dengan memanfaatkan pertumbuhan pesat pasaran Halal di Malaysia.

Dengan banyak cawangan telah menerima pensijilan Halal, Beutea komited untuk meluaskan proses pensijilan ini secara berperingkat ke seluruh rangkaian, agar pelanggan Muslim di seluruh negara dapat menikmati minuman Beutea dengan penuh keyakinan.

Sehingga tahun lalu, sektor Halal telah menyumbang sebanyak RM146.6 bilion, iaitu 7.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Di bawah Pelan Induk Industri Halal 2030, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan eksport Halal kepada RM300 bilion menjelang tahun 2030, dengan makanan dan minuman dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Meneruskan momentum ini, Beutea akan memperluaskan rangkaian kafe miliknya di samping memperkukuh pengedaran dan capaian runcit bagi produk minuman berbungkus untuk merebut peluang baharu dalam pasaran.

Passion Fruit Milk Tea
Passion Fruit Milk Tea

Beutea turut memulakan langkah pertamanya di peringkat antarabangsa menerusi kehadiran di Singapura serta merancang untuk memasuki pasaran Australia, Jepun, Vietnam, Thailand dan Mauritius melalui pembukaan cawangan di pusat beli-belah, kiosk, kedai utama dan kedai konsep.

Syarikat itu juga akan terus memperkukuh kerjasama strategik dan menjalin kolaborasi dengan jenama-jenama utama bagi merancakkan pertumbuhan di peringkat serantau.

Menurut Wong, pihaknya bersedia untuk memperluaskan kehadiran Beutea di pusat beli-belah, hab gaya hidup dan saluran dalam talian di seluruh Malaysia.

“Kerjasama strategik, kedudukan kukuh kami dalam pasaran halal dan komitmen untuk memperjuangkan budaya teh asli akan menjadi pemacu utama dalam fasa pertumbuhan seterusnya bagi Beutea,”katanya.

Rangkaian produk Beutea yang terus berkembang mencerminkan dedikasi berterusan terhadap kualiti dan inovasi. Antara penawaran utama yang akan datang termasuklah koleksi teh lerai (loose-leaf teas) dan campuran botani yang diformulasikan khusus untuk menyokong pencernaan, ketenangan, fokus dan keseimbangan, menggunakan ramuan semula jadi terpilih seperti melur, kelopak ros dan herba botani lain.

Jenama itu kini turut menawarkan pilihan pemanis sifar kalori bagi pelanggan yang ingin menikmati minuman kegemaran mereka tanpa rasa serba salah-memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyesuaian yang mementingkan kesihatan.

Campuran teh ini akan dipadankan dengan set gaya hidup terpilih dan aksesori teh moden, yang direka untuk memperkayakan tabiat menikmati teh, menjadikan Beutea bukan sahaja pilihan hadiah yang bermakna dan merasai keseronokan setiap hari.

Keunikan Beutea bukan hanya terletak pada apa yang dihidangkan di dalam cawan tetapi pada cara jenama ini menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden.

Setiap cawangan Beutea direka bentuk untuk membangkitkan suasana hangat rumah teh tradisional Cina, yang disepadukan secara harmoni dengan estetika kontemporari yang mesra Instagram.

Cawangan Beutea di Sunway Pyramid, Mid Valley dan Johor Bahru dengan pantas menjadi destinasi pilihan pencinta teh pelbagai peringkat usia bukan sekadar kerana minumannya, tetapi juga kerana suasana tenang dan menenangkan yang ditawarkan.

Sama ada untuk bekerja, belajar atau sekadar berhenti sejenak, Beutea menyediakan ruang selesa untuk memperlahankan langkah dan menghargai detik yang bermakna.

 Hael Husaini hadir beri sokongan untuk Pelancaran Perakuan Halal BEUTEA.
Hael Husaini hadir beri sokongan untuk Pelancaran Perakuan Halal BEUTEA.

Menu Beutea pula dirumus khas untuk membuat pelanggan kembali semula. Daripada White Peach Oolong Milk Tea yang lembut dan berkrim, kepada Tropical Fruit Tea yang menyegarkan serta Bitter Melon Apple Tea yang penuh warna, setiap campuran mencerminkan falsafah penyediaan Beutea iaitu ‘Satu hirupan memberi kesan mendalam; dua hirupan tinggalkan rasa berpanjangan’.

Perisa bermusim edisi terhad seperti Forest Roasted Tea dan Rose Jasmine Milk Tea pula memastikan jenama ini sentiasa segar dan berinovasi, memberi sesuatu yang baharu untuk diteroka oleh peminat setia setiap kali berkunjung.

Menambah kelainan inovatif, Beutea’s Fruit Veggie Tea Series menggabungkan teh premium dengan ramuan buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi menawarkan minuman moden yang lebih menyihatkan dan menyegarkan.

Minuman ikonik seperti Bitter Melon Coriander Tea dan Bitter Melon Apple Tea menyerlahkan pendekatan ini, dengan padanan teh melur yang harum bersama buah-buahan segar dan sayur-sayuran berkhasiat.

Siri ini mencerminkan keseimbangan Beutea antara tradisi dan inovasi, menghasilkan minuman yang menekankan rasa serta kesejahteraan malah dipuji peminat sebagai ‘minuman lazat dan berkhasiat’ serta ‘pilihan sempurna tanpa rasa bersalah’.

Seiring dengan gaya hidup generasi muda Malaysia yang semakin cenderung kepada pilihan minuman lebih sihat, Beutea mengekalkan daya saing melalui harga berpatutan dan ganjaran kesetiaan berasaskan aplikasi, tanpa mengorbankan keaslian mahupun kualiti sekali gus menjadi alternatif menarik berbanding jenama teh premium seperti Chagee.

Pada masa sama, jenama ini turut menggalakkan pengambilan minuman secara bertanggungjawab, dengan menyeru pelanggan agar menikmati setiap hirupan secara sedar dan seimbang, satu prinsip yang menjadi teras kepada DNA Beutea.

Wong berkata, pihaknya menggabungkan budaya teh tradisional Cina dengan rekaan moden, memberi nafas baharu kepada rutin turun-temurun agar kekal relevan buat generasi muda yang dipacu gaya moden masa kini.

“Dengan mengadun estetika klasik dan sentuhan kontemporari, kami menjadikan budaya teh asli lebih mudah diakses, relevan dan menginspirasikan.

“Komitmen kami terhadap ramuan berkualiti tinggi termasuk pemilihan teliti daun teh terbaik dari Pergunungan Wuyi, China untuk memastikan setiap cawan dibancuh segar mengikut piawaian tertinggi dari segi rasa dan mutu,”katanya

Sama ada tertarik dengan daun teh premium dari Pergunungan Wuyi, suasana tenang dalam kedai yang direka indah atau nikmat sederhana daripada secawan teh yang dinikmati dengan penuh keseronokan, pelanggan tahu bahawa Beutea bukan sekadar jenama minuman, ia adalah sebuah komuniti dan gaya hidup.

Dalam setiap cawan, Beutea membuktikan bahawa budaya teh masih mampu membentuk generasi baharu yang menghargai keseimbangan, renungan dan kesedaran dalam setiap tindakan menjadikan setiap tegukan menyenangkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!