Amorim dikritik peminat kerana tak sanggup tengok penalti United

Ruben Amorim. FOTO: AFP
Ruben Amorim. FOTO: AFP
A
A
A

PENYOKONG Manchester United mengecam tindakan pengurus, Ruben Amorim yang tidak menyaksikan sepakan penalti skuad bimbingannya ketika The Red Devils tersingkir daripada saingan Piala Liga pada Khamis.

Sikap Amorim yang langsung tidak sanggup menyaksikan sepakan penalti dengan hanya tunduk melihat lantai bangku simpanan mengundang kritikan hebat oleh penyokong dan pemerhati bola sepak di media sosial.

Seorang penyokong menulis: “Maaf, tapi pengurus yang tidak tengok sepakan penalti memang satu imej yang teramat buruk," katanya.

Sementara seorang lagi menambah: “Awak mungkin tidak suka tengok penalti (fakta United bernasib baik pun dah cukup menceritakan situasi sebenar), tapi imej Amorim bersembunyi di belakang stafnya ketika penentuan penalti, pada satu lagi malam malang untuk kelab, memang sangat buruk," katanya.

Ada juga penyokong yang menyifatkan tindakannya sangat menyedihkan kerana gagal memberi sokongan moral kepada pemain.

“Betulkan saya kalau salah, tapi adakah sesiapa rasa pelik apabila Ruben Amorim tidak tengok langsung sepakan penalti dalam pusingan pertama saingan piala ketiga bertemu pasukan League Two? Memang pelik bagi saya," kata salah seorang pengguna X.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!