Murid Darjah Lima maut terbakar dalam tandas sekolah di India

Ahli keluarga mangsa yang berang bertindak merusuh dengan polis hingga menyebabkan anggota tercedera.
Ahli keluarga mangsa yang berang bertindak merusuh dengan polis hingga menyebabkan anggota tercedera.
A
A
A

PATNA – Seorang murid perempuan Darjah Lima ditemui dengan kesan melecur teruk di dalam tandas sebuah sekolah sebelum disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital.

Dalam kejadian di sebuah sekolah kerajaan di daerah Gardanibagh itu, asap dilihat keluar dari tandas berkenaan sebelum kakitangan sekolah bertindak memecahkan dan menemui mangsa dalam keadaan terbakar.

Mangsa segera dikejarkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Patna, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Ahli keluarga yang berang menuduh pihak sekolah cuai sehingga menyebabkan tragedi itu berlaku.

Mereka turut merosakkan bangunan sekolah dan merusuh dengan polis, menyebabkan seorang anggota cedera.

Superintenden Polis Pusat Patna, Diksha memaklumkan, kes itu sedang disiasat dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan mangsa melakukannya sendiri atau terdapat pihak lain yang terlibat.

"Buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

"Hanya selepas siasatan lengkap, kita akan tahu punca sebenar kejadian," katanya.

Kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan besar mengenai tahap keselamatan pelajar di sekolah sekitar Patna. - AGENSI

Artikel Berkaitan:

habis//

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!