Hilang sejak 2 Jun, Sabri ditemui meninggal dunia

Sabri dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Embun, Jerantut sejak 2 Jun lalu.
Sabri dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Embun, Jerantut sejak 2 Jun lalu.
A
A
A
KUANTAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lepas di Jerantut ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mayat Sabri Ismail, 36, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 10.20 pagi tadi.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kali terakhir dilihat iaitu di kawasan perumahan Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan Sabri selepas menerima laporan mengenai kehilangannya pada Sabtu. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!