Dua tukang masak maut, rumah sewa terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah sewa di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian. - Foto JBPM Johor
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah sewa di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian. - Foto JBPM Johor
A
A
A

PONTIAN – Dua tukang masak maut selepas rumah sewa yang mereka diami terbakar di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian di sini, pagi Rabu

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa yang merupakan warga Thailand dikenali sebagai Nasri E-Sa, 31, dan Masabuding Sa-Laeh, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Tiga lagi mangsa berusia 39 hingga 48 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi berusia 30 tahun parah.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi membabitkan sebuah rumah teres yang diduduki tujuh lelaki warga Thailand,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru serta Pekan Nanas dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat," ujarnya.

Rumah sewa di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian yang terbakar pada pagi Rabu. -Foto tular
Rumah sewa di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian yang terbakar pada pagi Rabu. -Foto tular

Artikel Berkaitan:

Sementara itu majikan mangsa, Nora Hazlina Mohd Hanafiah, 46 memberitahu akan menguruskan penghantaran pulang jenazah ke kampung halaman di Thailand.

"Nasri E- Sa telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, manakala Masabuding Sa-Laeh masih bujang.

"Jenazah Nasri E- Sa akan dibawa pulang ke Narathiwat manakala Masabuding Sa-Laeh ke Pattani," ujarnya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!