Pemandu lori mengaku curi 540 kg buah sawit

Gara-gara mencuri 540 kilogram (Kg) buah sawit seorang pemandu lori didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini pada Rabu.
Gara-gara mencuri 540 kilogram (Kg) buah sawit seorang pemandu lori didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini pada Rabu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Gara-gara mencuri 540 kilogram (Kg) buah sawit seorang pemandu lori didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini pada Rabu.

Tertuduh MVijaya Kumar, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mencuri buat kelapa sawit seberat 540 kg yang diusahakan oleh pemajak tanah, Mengkuang Jaya Sdn. Bhd.

Perbuatan itu dilakukan di ladang kelapa sawit Lot 47, mukim Masjid Tanah di sini kira-kira jam 11 pagi hingga 4 petang antara 14 Ogos hingga 17 Ogos lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan hanya dikenakan denda yang rendah tanpa hukuman penjara.

Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Fikri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!