Polis kesan Nur Syamimi Husna, hilang sejak Ahad lalu

NIBONG TEBAL - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah sejak Ahad dan tidak pulang sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, remaja itu dikenali sebagai Nur Syamimi Husna Mohd Fikry dilaporkan hilang oleh ibunya selepas tidak pulang ke rumah mereka di Nibong Tebal, di sini.
"Pihak polis sedang mengesan remaja berkenaan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan kehilangan ini giat dijalankan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan D Surianah binti Jamlah di talian 014-8696851 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
