U Mobile, MRCA pacu pendigitalan sektor runcit negara

Alex (kiri) memeterai kerjasama strategik bersama MRCA yang diwakili presidennya, Datuk Dr Ken Phua pada majlis pembukaan Franchise Expo Malaysia 2025 baru-baru ini.
Alex (kiri) memeterai kerjasama strategik bersama MRCA yang diwakili presidennya, Datuk Dr Ken Phua pada majlis pembukaan Franchise Expo Malaysia 2025 baru-baru ini.
A
A
A

PENYEDIA rangkaian 5G terbaharu Malaysia, U Mobile menjalinkan kerjasama strategik bersama Malaysia Retail Chain Association (MRCA) demi mempercepatkan pendigitalan sektor runcit negara.

Ketua Pegawai Jualan U Mobile, Alex Tan berkata, selaras dengan matlamat transformasi digital Malaysia, U Mobile berbesar hati untuk bekerjasama dengan MRCA sebagai penaung korporat bagi penggal 2025/2026.

“Menerusi inisiatif terbaharu ini, kami menjangkakan lebih 600 jenama runcit dan 40,000 premis akan mendapat manfaat daripada pengalaman ULTRA5G yang akan membolehkan penyelesaian runcit seperti sistem pembayaran tanpa tunai dan pengurusan inventori pintar.

“Kami percaya U Mobile berada pada kedudukan terbaik untuk menyokong sektor runcit dalam meningkatkan kecekapan, pengalaman pelanggan dan daya saing dengan memberi keutamaan kepada liputan dalaman serta luaran,” katanya.

Kerjasama yang dimeterai pada majlis pembukaan Franchise Expo Malaysia 2025 itu menyaksikan Ketua Pegawai Jualan U Mobile, Alex Tan mewakili U Mobile dan Presiden MRCA, Datuk Dr Ken Phua.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Selaras dengan pelan peluasan rangkaian 5G U Mobile, syarikat itu baru-baru ini telah melancarkan pengalaman ULTRA5G di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Pengenalan tersebut sebagai ibu pejabat ULTRA5G menjadikan Berjaya Times Square sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang dilengkapi sepenuhnya dengan 5G.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!