Terengganu FC jalin kerjasama strategik dengan Bubbles O2

Sheikh Farouk (dua dari kiri) bertukar dokumen MOU dengan Abdul Aziz yang disaksikan Ariffin(kanan) dan Hishamuddin.
Sheikh Farouk (dua dari kiri) bertukar dokumen MOU dengan Abdul Aziz yang disaksikan Ariffin(kanan) dan Hishamuddin.
A
A
A

REMBAU - Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menjalin kerjasama strategik dengan syarikat peneraju air mineral beroksigen semula jadi jenama tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, kerjasama tersebut sebagai langkah positif pihaknya dalam mempelbagaikan peluang perniagaan serta memperkukuhkan jenama Terengganu FC.

"Air mineral BubblesO2 yang mempunyai kandungan oksigen tinggi, dilihat sangat sesuai dengan gaya hidup aktif pasukan Terengganu FC serta para penyokong kami.

"Keunikan luar biasa yang ada pada air mineral Bubbles O2 bukan sahaja sebagai pilihan premium untuk hidrasi, tetapi juga lambang gaya hidup sihat dan bertenaga," katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Bubbles O2 Sdn Bhd di kilangnya di Pedas, di sini pada Khamis.

Menurutnya, kerjasama itu juga memberi peluang kepada TFCSB memperluaskan sumber pendapatan kelab melalui penglibatan dalam aktiviti perniagaan.

Jelasnya, usaha ini selaras dengan visi kelab untuk menjadi sebuah organisasi bola sepak yang mampan dari segi kewangan, profesional dan berdaya saing di peringkat nasional.

Sementara itu Pengerusi Bubble O2, Ariffin Marzuki berkata, TFCSB merupakan kelab bola sepak pertama yang menjalin kerjasama dengan syarikat terbabit.

"Langkah kerjasama dengan TFCSB ini merupakan lanjutan daripada perjalanan Bubbles O2 yang percaya bahawa air bukan sekadar menghilangkan dahaga, tetapi menjadi sumber tenaga dan inspirasi kepada atlet dan penyokong.

"Kami percaya, BubblesO2 mampu memberikan nilai tambah yang signifikan bukan sahaja kepada kelab, malah kepada penyokongnya,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu jelas beliau, sejak penubuhannya pada tahun 2018, Bubbles O2 telah berkembang pesat dan membuktikan kemampuan untuk bersaing dalam industri minuman premium.

Ariffin (berdiri, kanan) Dan Hishamuddin (berdiri, kiri) menyaksikan MOU disempurnakan oleh Sheikh Farouk (duduk, kiri) dan Abdul Aziz (duduk, kanan)
Ariffin (berdiri, kanan) Dan Hishamuddin (berdiri, kiri) menyaksikan MOU disempurnakan oleh Sheikh Farouk (duduk, kiri) dan Abdul Aziz (duduk, kanan)

Ujarnya, pertumbuhan ini dipacu oleh strategi jelas, inovasi berterusan serta kualiti produk yang diyakini pengguna.

"Lebih penting lagi, kita turut menjadikan penajaan dan program tanggungjawab sosial korporat sukan sebagai salah satu pemacu utama kejayaan.

"Ia bukan sekadar platform pemasaran, tetapi sebagai cara untuk membina jenama yang dekat di hati rakyat,"katanya.

Ariffin berkata, selain menjadi rakan rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), Bubbles O2 turut menjadi rakan rasmi Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan inisiatif Road to Gold (RTG), serta Rakan Rasmi National Baseball League (NBL).

Katanya, rekod itu dilengkapkan lagi dengan penglibatan dalam kejohanan berprestij seperti Le Tour de Langkawi, Malaysia Football League (MFL) serta pelbagai kolaborasi bersama kelab-kelab belia di peringkat akar umbi.

"Usaha ini bukan sahaja memperkenalkan jenama Bubbles O2 kepada rakyat Malaysia, malah menyumbang kepada pembangunan bakat muda, memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat,"katanya.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis MOU dengan TFCSB yang disempurnakan oleh Sheikh Farouk dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bubbles O2 Sdn Bhd, Abdul Aziz Ariffin.

Turut menyaksikan, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Terengganu yang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah TFCSB, Hishamuddin Abdul Karim.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!