Kereta kebal mini



Mempunyai jati diri yang tinggi serta semangat patriotik terhadap negara, seorang kontraktor, Muhammad Aiman, 45, (kanan) mengambil inisiatif untuk mengubah suai sebuah motosikal menjadi seakan-akan sebuah kereta kebal mini.
Beliau menggunakan pelbagai bahan terpakai seperti papan, besi lama dan cat berwarna hijau tentera bagi menampilkan rupa bentuk yang menyerupai kenderaan tempur tersebut.
Inisiatif kreatif ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Padang Jawa, apabila setiap tahun penduduk sekitar akan mengadakan perarakan kecil di kawasan taman perumahan.
Usaha ini bertujuan memupuk semangat cinta akan tanah air serta menyemai rasa bangga terhadap negara dalam kalangan generasi muda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
