Setahun tragedi Jalan Masjid India, anak kembali kenang pemergian ibu

Bagi melengkapkan upacara itu, pemuda itu turut dilihat mengedarkan makanan dan minuman kepada orang ramai sebagai anathanam. - Tiktok Sarvaes
Bagi melengkapkan upacara itu, pemuda itu turut dilihat mengedarkan makanan dan minuman kepada orang ramai sebagai anathanam. - Tiktok Sarvaes
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata.

Kesempatan untuk menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir tidak kesampaian. Hanya doa menjadi pengikat kasih sayang, abadi dan tidak akan pernah pudar.

Anak lelaki kepada Vijayalakshmi, mangsa tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid, di ibu negara kembali ke lokasi itu untuk memperingati setahun kematian ibunya.

Dua video yang tular di media sosial menyaksikan Surya, 25, melakukan thavasam, iaitu ritual Hindu yang dijalankan selepas setahun mengikut tarikh dan bintang dalam kalendar Tamil semasa pemergian mangsa.

Thavasam merupakan amalan wajib bagi memastikan roh si mati mendapat perjalanan yang aman ke alam seterusnya.

Di atas laluan pejalan kaki, dia meletakkan bingkai gambar ibunya, dihias dengan kalungan bunga, serta menyajikan buah-buahan, kuih-muih dan makanan di atas daun pisang.

Bagi melengkapkan upacara itu, pemuda itu turut dilihat mengedarkan makanan dan minuman kepada orang ramai sebagai anathanam (sedekah).

Memberi makanan (selalunya vegetarian) kepada orang ramai dipercayai membawa keberkatan kepada roh si mati.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Vijayalakshmi, 48, yang berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, terjatuh sedalam lapan meter ke dalam tanah jerlus di laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian Surya berada berada di Thailand dan bergegas tiba ke Malaysia selepas mendapat berita mengenai ibunya itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan setiap hari oleh pasukan penyelamat namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Selepas lebih seminggu, pada 31 Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memaklumkan operasi SAR wanita warga India itu dihentikan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!