Gegaran lemah di Segamat, penduduk diminta kekal tenang dan waspada

Laporan Sinar Harian mengenai kejadian gempa bermagnitud 4.1 yang berlaku pada jam 6.13 pagi Ahad. (Gambar kecil: Yuneswara)
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian gempa bermagnitud 4.1 yang berlaku pada jam 6.13 pagi Ahad. (Gambar kecil: Yuneswara)
A
A
A

SEGAMAT – Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswara menasihati orang ramai supaya bertenang dan berwaspada susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di daerah ini awal pagi Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bermagnitud 4.1 itu berlaku pada jam 6.13 pagi, berpusat kira-kira lima kilometer ke barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

Yuneswaran berkata, sehingga jam 10.30 pagi, tiada laporan rasmi mengenai kemalangan jiwa diterima namun terdapat aduan awal berkaitan kerosakan struktur bangunan.

“Setakat ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mengeluarkan laporan rasmi, namun jabatan serta agensi berkaitan sedang memantau rapi situasi berkenaan. Maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berada berhampiran struktur binaan lama atau tidak kukuh yang berisiko runtuh, selain memeriksa kediaman masing-masing bagi memastikan tiada keretakan luar biasa pada dinding dan tiang.

“Sekiranya terdapat kerosakan, jauhkan diri dan segera maklumkan kepada pihak berkuasa untuk pemeriksaan lanjut. Orang ramai juga disarankan mengikuti perkembangan semasa hanya daripada sumber rasmi seperti MetMalaysia,” katanya.

Yuneswaran dalam pada itu turut menyeru penduduk Segamat agar kekal tenang serta mendoakan keselamatan daerah ini daripada sebarang musibah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!