Lori tangki muatan minyak sawit terbakar di Lebuhraya PLUS

Kebakaran melibatkan bahagian kepala lori tangki muatan minyak sawit.
Kebakaran melibatkan bahagian kepala lori tangki muatan minyak sawit.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar dalam kejadian di Kilometer 259 Lebuhraya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada petang Khamis.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan gangguan trafik namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Komander Operasi, PBK I (TBK) Dzor Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.59 petang.

Lori tangki muatan sawit terbakar menyebabkan trafik arah selatan terganggu.
Lori tangki muatan sawit terbakar menyebabkan trafik arah selatan terganggu.

Menurut beliau, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dan BBP Seremban 2 bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bahagian kepala lori tangki dan berjaya dikawal pada jam 4.11 petang menggunakan dua aliran 100 kaki hos dari pam jentera.

“Kebakaran dianggarkan memusnahkan 60 peratus bahagian kepala lori,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Pasukan bomba memadamkan lori tangki muatan sawit pada Khamis.
Pasukan bomba memadamkan lori tangki muatan sawit pada Khamis.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!