Penunggang motosikal maut tercampak tepi sungai

Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke tepi sungai dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya di sini pada Sabtu.
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke tepi sungai dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya di sini pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke tepi sungai dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Perdana Taman Desa Meru, Meru Raya di sini pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.21 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya tiba seminit kemudian.

Menurutnya, setiba di lokasi, kemalangan tersebut didapati membabitkan kereta Perodua Kelisa, Perodua Myvi dan sebuah motosikal jenis Modenas MR3.

Anggota BBP Meru Raya membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Anggota BBP Meru Raya membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa, Mohamad Norzaihasmin Zainordin, 33, yang menunggang motosikal telah tercampak di tepi sungai dan disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Tiga lagi mangsa yang menaiki kereta hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Shazlean berkata, ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan termasuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.

Jelasnya, mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans KKM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi yang membabitkan sembilan anggota bersama dua jentera itu tamat sepenuhnya pada jam 2.44 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!