Penunggang motosikal maut rempuh MPV keluar simpang

Keadaan motosikal dan MPV yang terbabit kemalangan di Jalan Ketapang, Felda Bukit Easter Kota Tinggi. - Foto IPD Kota Tinggi
Keadaan motosikal dan MPV yang terbabit kemalangan di Jalan Ketapang, Felda Bukit Easter Kota Tinggi. - Foto IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba di Jalan Ketapang, Felda Bukit Easter pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Haji Othman, berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.45 malam, membabitkan motosikal Honda C100 dan Proton Exora.

“Siasatan awal mendapati kenderaan MPV jenis Proton Exora keluar dari simpang secara mengejut, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kenderaan tersebut.

“Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 36 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu MPV, seorang wanita tempatan berusia 38 tahun, tidak mengalami kecederaan namun dilaporkan berada dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

Tambah Yusof, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!