Gurauan melampau!

- Foto Instagram Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand.
- Foto Instagram Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand.
A
A
A

BAGI mereka yang mengikuti drama bersiri 'Pujaan hati Kanda' ramai mula teruja untuk mengikuti setiap episod drama tersebut. Disebalik jalan cerita yang menarik, gandingan pelakon-pelakon hebat seperti Mira Filzah dan Remy Ishak turut menjadi tarikan buat penonton.

Melalui drama itu juga, yang turut menarik perhatian adalah watak antagonis dibintangi oleh pelakon jelita, Sarah Hildebrand.

Gadis berketurunan Amerika-German itu yang mula menceburi bidang lakonan seawal tahun 2015, namun hanya melonjak naik baru-baru ini apabila diberikan watak Nadine di dalam drama ‘Pujaan Hati Kanda’. Pelakon ini mula diberi perhatian dan ramai yang mula mengikuti perkembangannya di media sosial.

Beberapa hari lepas pula, peminat pelakon tersebut mula kecoh apabila teman lelaki Sarah, iaitu pengacara Nabil Mahir ada memuat naik sebuah video melalui akaun Instagram (IG) miliknya di mana Video tersebut memperlihat Nabil yang mencurahkan air ke arah Sarah di sebuah parkir pusat membeli belah.

- Foto Instagram Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand.
- Foto Instagram Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand.

"Untuk mereka yang panas dengan perangai Nadine, jangan risau, Nabil sudah cuba sejuk kan dia. Tapi perangailah dia ni.

"Mungkin lepas ini kena guna air Yaasin #kecamnadine #pujaanhatikanda #nabrah," tulisnya.

Bagaimanapun video gurauan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji keserasian pasangan ini, tetapi rata-rata mereka melihat gurauan tersebut agak keterlaluan dan mengkritik perbuatan itu.

"Sedih tengok layanan dia pada perempuan macam itu... Adik lain kali sembur sahaja air dari mulut ke muka dia pula... Geram betullah," tulis wati_jalalin.

"Macam tidak hormat perempuan sahaja buat macam ini ini. Tolonglah, melawak-melawak juga, tapi agak-agaklah," tulis ksyh_5.

- Foto Instagram Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand.
- Foto Instagram Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand.

"Kalau aku sudah mengamuk haha @becafarisha," tulis faezhnur.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Nabil itu mendapat pembalasan, apabila rakan-rakannya pula melakukan perkara yang sama selepas dia selesai satu menjalani penggambaran.

"Balasan buat dekat @sarahhildebrand. Alhamdulillah sudah selesai shooting 13 episod untuk Teh Tarik Road Trip!," tulisnya.